Kenyataan Media (12 Mei 2010)
LESEN JUDI BOLASEPAK: MINTA PANDANGAN MUFTI PERAK
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah sekeras-kerasnya kepimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) kerana telah mengeluarkan lesen judi untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.
DPPN Pk mendesak agar Tan Sri Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak memberikan pandangannya terhadap langkah Kerajaan Pusat memberikan izin lesen judi tersebut. Umat Islam perlu menyatakan sikap bantah tersebut yang mencabar kedaulatan Islam di Negara ini dan ianya adalah amat memalukan.
DPPN Pk juga merasakan lesen judi bolasepak yang telah diberikan izin ini akan mencemar kesucian Islam dan merosakkan pemikiran rakyat seluruhnya.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

0 Comments:
Post a Comment