Sewal jam 8.30 pagi telah bersedia di Gelanggang MP3.
Selesai perasmian pada jam 11.00 pagi. Terus ke Naina Restoran lalu mempengerusikan mesyuarat Harian PASTI Perak
Habis mesyuarat ke MP3 semula dan berada di sana hinggalah ke majlis penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pesta Bola PASTI Perak 2010.
Hujan turun sangat lebat sebaik sahaja majlis selesai.
Perjalanan diteruskan ke Parit kerana ada temu janji dengan keluarga tiga murid PASTI An-Nur yang kematian bapa bulan lepas.
Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pekan Parit, terus ke rumah keluarga malang itu yang terletak bersebelahan dengan Bait Al-Amin.
Di sana, nenek dan bapa saudara tiga murid itu telah sedia menunggu. Tiga murid itu tiada di rumah kerana pergi ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga.
Selepas berada di situ lebih kurang setengah jam, kami 1mengundur diri selepas menyampaikan sumbangan TKP sebanyak RM1000/. Mudah-mudahan keluarga itu tabah mengharungi hidup dan istiqamah dengan pendidikan PASTI.
Friday, May 7, 2010
Sehari Bersama Pengarah PASTI Perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






1 Comment:
Hmm..dah tak berkopiah ALPnya...nasib baik pengarah istiqamah lagi
Post a Comment